Pages

Thursday, November 28, 2013

Assalamualaikum...

Nak cerita kite pergi makan kat Manhattan Fish Market pulak. Papa cakap dulu dia pernah makan kat sini, sedap katanya. Tapi dah lama giler, zaman dolu-dolu la tu...

Kedai yang kami pergi ni outlet kat dalam Sunway Pyramid. Best jugak la sebab dapat jalan-jalan kat dalam tu. Yelah selain g makan, bole gak tengok-tengok barang kat dalam Jusco kan, kira ade la aktiviti lain.

Ini yang kami order. Yang sebelah kanan tu Smal Grill apekebendatah... Seafood kot sebab ada udang, sotong, ikan. Tapi memang sedap la. Harga tak ingat, tp dlm RM30 gitu. Yang sebelah tu Fish & Chip, sedap jugak, harga pun murah je, RM12 kot klu tak silap.

 Cer zoom sikit... Kuah krim tu memang sedap giler. Kami makan fries cecah dengan kuah tu je, nyaman...

Lain dari tu papa ade order mushroom soup. Rasa dia OK jugak la, tapi lagi sedap yang Pizza Hut punye la...

Total damage hari tu lebih kurang RM50 je, kira boleh la, rasanya pun sedap juga... bye...

Wednesday, September 11, 2013

Kota Kinabalu, Sabah bah...

Haritu dapat peluang g Kota Kinabalu, Sabah. Papa de meeting kat sana. Pegi pun satu malam je, pepagi naik flight Malindo Air pukul 6 pagi dah terpacak kat KLIA. Flight pukul 7 pagi sampai di KK pukul 9.40 pagi. Harga tiket RM388 untuk 2 orang sehala.

Dalam flight dia bagi free air mineral dan fruit cake. Klu nak makanan pun ada dijual. Kami ambil nasi lemak ayam rendang ni RM12. Rasanya agak sedap juga. Boleh la. Cadangan saya, sesapa yg nak terbang tu, cuba la consider Malindo... Iklan ni tidak dibayar siarannya, ikhlas dari hati...

Sebab cuma makan nasi lemak seciput je, smpi je KK tros g KFC sarap. Pukul 11.00 kuar airport carik abang teksi. Dapat teksi kitaorang suh teksi tu bawa pusing2 Bandar Kota Kinabalu selama 2 jam siap berhenti sekejap makan tengah hari. Sewa teksi RM100 untuk pusing2 KK selama 2 jam. Banyak juga tempat dia bawa, Tanjung Aru, Mini Putra, Pasar Filipino dan lain2. Abg teksi tu amat baik hati menunjukkan tempat2 yg boleh kami pergi dengan berjalan kaki di sekitar hotel. Kami tidur di Promenade Hotel. Betul2 tengah bandar. Hotel 4 bintang mengadap laut. Kami sampai hotel pukul 1 ngam-ngam tuk check in.

View dari bilik. Actually kami book deluxe room je RM270. tah mcm mane bilik deluxe tu not available, so diorang upgrade ke junior suite secara percuma. Alhamdulillah Rezeki....

Lepas check in, lepak dlm bilik je rehatkan badan. Pukul 4 ptg kami kuar jalan kaki ke Pasar Filipino. Ade la dlm 800 meter...

G pasar ni nak carik ape? Jawapannya cari mutiara la...

Tgk tu mama sibuk pilih mutiara dan tawar menawar harga... Harga setiap kedai berbeza2 selisih dalam 3-5 ringgit. Tapi kalau dah beli 10 gelang banyak juga bezanya kan... Pasar ni juga ade jual cenderahati seperti baju t-shirt Sabah, fridge magnet, hasil2 ukiran kayu dan macam2 lagi la barangan kraftangan. Harga boleh dirunding. Pandai2lah...

Lama juga kami disini. sampai malam! Tapi jgn salah faham, kat sini pukul 6.30 dah malam dah, mmg dah gelap... jadi kami keluar tu terus je pergi makan di gerai-gerai makan di sekitar Pasar Filipino tu.

Macam2 seafood ade dijual, dari yang berharga murah sehingga la yang mencekik darah... elok Tanya harga dulu sebelum order bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. Maklumlah kita ni pelancong, tukang sembelih ramai, if you got what I mean... heheheheh... 
  

Kami ambil kerapu bara masak 3 rasa. Rasanya kira boleh tahan la. Tapi ikan dia memang betul2 segar... Diulangi ikan dia memang betul2 segar dan fresh... langsung takde hanyir... mmg marvellous la... In facts walaupun takde kuah 3 rasa tu, kira macam makan ikan goreng kunyit je pun rasanya teramatlah sedap... Isinya lembut, manis dan segar. Mmg marvellous...

Hidangan kedua ialah udang besar masak sambal. Mmg sangat2 sedap. Udangnye kami ambil sekor je. Harga yang kami bayar ialah RM103 untuk 1 ikan kerapu, 1 ekor udang, 2 nasi putih, 1 air kelapa. Harga yang agak mahal bagi orang2 di sini. Sebab tu saya katakan tadi lebih baik tanya harganya dulu... Tak apa lah rezeki dia, lagipun masakannya sedap dan ikanya fresh, saya halalkan...

Lepas makan jalan kaki balik hotel sambil menyusur tepi pantai...  

Boleh tengok map kat atas ni... Jarak antara Promenade ke Pasar Filipino lebih kurang 800 meter. Depan Pasar Filipino tu Hotel Le Meridien. Di sekitar tu pun banyak juga hotel2 budget.

Inilah hasil tangkapan mama... Baju tu papa pumya, RM25 siap glow in the dark lagi... hehehe...

Outside view from our room. Indahnya ciptaan Allah... Kat sebelah kiri hotel kami tu ade juga tempat makan dipanggil Anjung Senja. Tempat makan mmg banyak dan best2...

Esok bangun pagi2 sarapan dulu kat hotel. Sarapan hotel yang paling sedap... Macam2 ada, sambal sotong, ikan, kambing dan semuanya sedap2.. Sotong dlm gambar tu memang sedap dan sgt lembut...

Lepas tu terus naik siap2 untuk pergi meeting. 

Ni ialah Jeti Jesselton Point. Jeti ni ada menawarkan perkhidmatan bot untuk ke pulau2. Kami tak pergi pun, ambil gambar sahaja dari dalam bilik meeting. :)

Lepas meeting terus ke Kota Kinabalu International Airport (KKIA) Terminal 2. Sila ambil perhatian, flight Air Asia ni kene naik di terminal 2. MAS atau Malindo naik di terminal 1 KKIA ye... jangan salah pulak. Tambang teksi antara KKIA terminal 1 ke KKIA terminal 2 tu RM30 tau... Banyak juga tu...

Di Terminal 2 KKIA. Kami naik kapal terbang biru tu la, Orang2 tu turun dr KL, kami naik untuk balik KL. Enjin pun sempat matikan, dah jalan terus... Masa itu emas... Da macam bas ekspres, kene kejar trip supaya untung lebih... hehehehe... Pukul 3.05 petang kami dah dalam Airbus A320 Air Asia.

Nasi Lemak yang sangat popular dlm flight Air Asia. Rasanya? Boleh la...
 
Babai KK, babai Sabah... Lain kali InsyaAllah kami datang lagi. Spend masa lama sikit dan duit banyak sikit. Ni short trip sebab kene hadir meeting di KK, jadi tak banyak masa... InsyaAllah murah rezeki kami datang lagi... 

Tuesday, March 12, 2013

Murtabak Kampung Melayu Majidee - JOHOR

Hari tu 2 March 2013 Qiera ngan adik Qaisara balik Johor. Papa cakap Johor ni tempat tumpahnya darahku.. Klu dah tumpah, dah habis la..

Oh ye, kami balik sebab datang majlis Kak Nana ngan Aizat kahwin...

Cantik tak?

Petang tu, papa ajak Qiera ngan adik Qaisara g makan mee rebus Stulang yang terkenal tu. Namanya Mee Rebus Haji Wahid. Kami pun gerak la g Stulang... 

Malangnya mee rebus tu dah tutup. Kata orang, dia dah pindah KL. Tanya orang lain dia cakap dah pindah Larkin.

So Papa cakap kita tak payah makan mee rebus la, kita g makan Murtabak Kampung Melayu.
Qiera ngan adik Qaisara pun cakap la, "Suke! suke! suke!"...

Apalagi, tetiba je kitorang dah sampai Kampung Melayu Majidee.
Lokasi ikut GPS henpon papa : 1.5180483, 103.75212

Lebih kurang kat situ lah... 

 Inilah rupa murtabak tu... Ni murtabak ayam. Rasanya memang sedap...

Ini pulak murtabak daging. Lagi sedap dari ayam...

Hari tu kita order 3 keping - 2 Daging, 1 Ayam. Harga tak ingat pulak... Tapi tak mahal lah, yg kami order ni yg biasa je. Klu order yg special pun baru RM12 klu tak silap. Isi dia banyak, memang terbaeklah...

Kat sini mcm foodcourt, ada bnyk kedai jual macam-macam... Mama pun order mee rebus dr salah satu gerai kat situ. Rasanya boleh tahan jugak lah...

Mee Rebus yg Mama order

Sesape yang ke Johor boleh try makan kat sini, recomended by Papa, seorang yang berasal dr Johor, tempat tumpahnya darahku..

Until then, bye...


Sunday, December 16, 2012

Kak Su Laksa - Kuala Perlis

8 Disember 2012 Papa ada kerja kat Wang Kelian, Perlis. Jadi Papa singgah makan laksa Perlis kat satu kedai yang amat popular di Perlis iaitu Kak Su Laksa. Laksa Kak Su ni dibuat sendiri dengan menggunakan tepung beras. Klu nak beli laksa mentah kat sini pun boleh juga. Jadi balik rumah tinggal buat kuahnya aje. Rasa laksa ni sedap dan berbeza dengan laksa Penang mahupun laksa Kedah. Worth to try...

Inilah rupa kedainya. Alamat kedai ni : No 97, Jalan Siakap Satu, Kuala Perlis, Perlis.

Koordinat : 6.397824,100.13264 . Tak susah cari. Alah Kuala Perlis tu bukan besar mana pun kan..

Inilah dia laksa Kak Su yang popular tu.. Kuah dia memang pekat. klu nak lg pekat boleh order yg special. Harga RM3-4 semankuk. Papa order 2, baru rasa katanya...

Pok Su hirup kuah laksa. Pok Su ni memang suka makan laksa... Pok Su bagi 4 bintang setengah :)

Kalau jalan-jalan ke Perlis, harus cuba, baru boleh cerita..

Jumpa lagi, bye...

Thursday, April 26, 2012

German Deli Imbiss

Hari tu tetiba Papa balik kerja dia cakap kat Mama.
Papa - Mama, Papa jumpa kedai burger besor macam yang Adam selalu makan tu.
Mama - Adam mane pulak ni...
Papa - Ala yang selalu kuar Man vs Food tu, makan burger besor2 kat US. Tapi ni kat Ampang je, pastu German style :)
Mama - OK, nanti kita pegi (asal jangan mintak duit aku sudah).

Qiera dengor aje la... Ntah berapa purnama lepas tu Qiera teringat, so ajak la Papa g makan burger tu. Nama kedai tu German Deli Imbiss. Leh search kat facebook, banyak info dia kat sana. Anyway kedai tu kat Ampang, tak jauh dari Hospital Ampang Puteri, belakang petronas, sebelah pasaraya Aeon Max Valu.

Ni la roper nye burger yang Papa cakap tu. Tengok sekali lalu nampak gojes dan menyelerakan. Sengah kilo tu patty dia... musti besor. Order 1. Macam-macam ade jual kat sini. Western, Anjing Panas (Hot Dog), Burger, Mash potato macam2 la. Menu dia leh tgk kat facebook dia kat sini.
 
 
Bila da sampai, ni la rupa sebenar beliau. Memang besor!


Poksu ngan Burger Megaton 500 gram.

Ni mende tah nama, tak ingat. Poksu makan pree laju aje... Kang dah keje mesti belanja Qiera makan Arab pulak ye.

Ni burger cendawan. Lebih kurang 200 gram, besor jugak tp tak le sebesar Megaton Qiera.

Hi, saya la Puteri Syaqiera... Kira puas hati la makan. Harga pun OK. Recomended and must try. Best in
 Malaysia. Bye.. 

Monday, April 2, 2012

Hot Air Ballon - Putrajaya

Hari tu takde keje. Qiera ajak Papa g Putrajaya tengok Belon Udara Panas. Bila tah dah tak ingat. Bulan March hari tu, hari bulan lupa. Baru nak post. Biasa la Qiera selalu sibuk setting kuku ngan rambut...

More info, please ask uncle Google lor....

Jom layan gambo...

Nampak tak belonnya kat belakang tu? Tu la belon udara panas. Ramai bebenor manusia. Cuba teka poksu kat mane? Poksu takde pasal Poksu la yang snap gambo ni. Heheheh...

Mama ngan adik Qaisara. Ala adik tu bukan tengok belon, tak tau la ape yang dia tengok...

Papa2 ade belon ngendap Qiera. Belon oren tu... Takut...

Eh.. eh.. belon tu dah naik la Papa... Ade telinga, Qiera rasa ni belon Garfiled la...

Oooo... Belon Miau... Mama, Belon tu senyum ngan Qaisara la...

Nampak tak api tu? Kalau nak naik tinggi dia bukak api tu la. Bole dengar bunyi dia kuat... wuuuu... wuuu... wuuu...

Eiii... Papa, ape tu?? Ish tu Raksasa la, bahaya ni jom la balik dulu... Balek Dulu!
Bye belon...

Friday, March 9, 2012

Aroma Ikan Bakar - Pantai Jeram

Hari tu papa bawak Qiera g makan Ikan Bakar kat Pantai Jeram. Jom layan gambar aje la...

Ni kat tepi pantai tengok sunset.

Sekarang Qiera da pandai jalan sendiri. Papa da tak payah nak kokong Qiera lagi. Tapi kalau penat Qiera cakap "Papa nak dodom..." hehehe...

Ini pun main2 kat tepi pantai. Haaa??? Ikan bakarnye? laaa belum sempat snap dah licin... Rasa dan harganya kira OK la... Qiera bagi 3 daripada 5 bintang, tapi suasananya memang best, seronok dan sangat menarik...

Lokasinya:
E 101 degree 18' 19.3"
N 03 degree 13' 26.8"