Pages

Tuesday, January 24, 2012

Homemade Pizza

Sebenarnya Papa selalu buat Pizza ni. Ye betul, anda tak silap dengar, memang Papa saya. Mama lauk kampung aje... Tapi kali ni Qiera saje sibuk2 ambik gambar, nak haplod ntok hapdet blog Qiera. Nak buat Pizza ni senang je. Bak kata Papa, yang susah tu nak buat roti dia, bukan nak buat Pizza. So buat ape susah2 beli aje roti Pizza dah siap kan senang :)

Nak beli kat mane? Kedai roti la contohnya Bake With Yen, cer mintak tolong uncle google... musti jumpa...

Cara2 nak buat Pizza, mesti ada roti Pizza.

 Ni la rupa roti Pizza tu. RM 5 sebungkus ada 5 keping. Kira OK la kan.

Pastu Sos Spageti. Yang ni tradisional. Selalu Papa guna cendawan. Tapi hari tu Papa beli yang Tradisional pulak. Nak cuba try test katanya. Layan...

Ni bahan2 dia. Cendawan, Hot Dog dan lada Benggala. Sebenarnya nak taruk apa pun boleh, tapi Papa cakap biarla kene lawannya baru sedap.

Qiera : Haaa?! Buat Pizza pun nak lawan ke Papa? 
Papa : Bukan lawan tu, contohnya, kalau daging, ayam atau sardin boleh bubuh sekali dengan hotdog atau sayur. Jangan bubuh tuna sekali ngan daging, atau udang sekali ngan daging. Nanti tak sedap.
Qiera : Oooooo Itu macam ka? Ala itu orang tau la.... Ok next?

Next Mesti ada keju la... Keju boleh beli kat Bake With Yen jugak. Mozarella aje pun da cukup. Kalau nak campur Cheddar pun boleh jugak. Harga RM 9 sebungkus, 250 gram siap parut... Yang belum parut murah singgit rasanya. Nak senang beli yang da siap parut la...

Nak masak Pizza musti guna oven. Kalau tak nak bakor macam mane... Takkan nak goreng Pizza, macam mane pulak nanti ropernye... Ni oven bulat, bagus oven ni kata Papa. Dia masak rata aje.

Last sekali mesti ada dulang Pizza dan pisau pemotong Pizza. Style musti mau jaga... kalau potong Pizza guna pisau bulat ni, memang rasa macam best aje, Pizza pun rasa sedap.... Hehehehe...

Semua bahan2 da cukup, tabur aje la.... Memula buat layer sos, pastu tabur keju sikit, tabur hot dog, cendawan dan sayur. last tabur keju sekali lagi, sampai penuh semua... 

Pastu bakar dalam oven... Sebelum bakor, panaskan oven dulu. 180 degree selama 5-10 minit. Dah panas baru masukkan Pizza bakor pada suhu 180 degree selama 15-20 minit.

Proses membakar Pizza... Kita bakor aje!! kita bakor aje!! Kita bakor aje!! Sabor ye....

Ni la hasilnya... Cantik tak? Cantik, sedap, gojes dan marvelous... paling sedap sebab ianya buatan sendiri... Tak sedap pun rasa sedap... :) Cuba la...

Kasi potong untuk hidangan sekeluarga. Sungguh enak dimakan begitu sahaja mahu pun cecah dengan sos...

Yang ni Pizza ayam ngan mix veggie... Ayam cincang tu Papa masak dulu ngan margerin letak sikit garam, pastu tabur atas Pizza. Sedap jugak... Hari tu Papa buat 3 Pizza, satu lagi sardin ngan 4 Keju.... Yang tu paling sedap, tak sempat snap da abes... Bye...

Saturday, January 22, 2011

Wang Kelian & Gua Kelam, Perlis

Kali ni Qiera nak cerita Qiera pegi jalan-jalan kat Perlis pulak. Hari tu Papa ade kerja kat Felcra Lubuk Sireh, Kaki Bukit, Perlis. So kitorang satu family ikut sekali la... Ala Papa belanja mesti ikut punya. Wak Yea lagi suka... nengkreng je kata orang jawa. Jom sambil layan gambar, Qiera cerita ok...

Biasa la kalau pergi perlis mesti singgah Jeti Kuala Perlis. Kalau datang malam lagi seronok boleh makan ikan bakar. Banyak kedai ikan bakar terdapat disekitar sini. Nak tau kedai mane yang sedap? Senang je, Papa cakap biasanya yang ramai orang tu la yang sedap. Pilihan memang banyak.

Kat Perlis ni banyak tempat yang kita boleh pergi. Macam2 ada. Tapi Qiera nak cite pasal Gua Kelam ngan Wang Kelian je kali ni. Kalau rajin nanti Qiera post lagi tempat2 lain ye. Bayaran masuk Gua Kelam ni RM2 aje.

Ni kat pintu masuk. Eiii seramnye...

Nampak je seram, tapi sebenarnya biasa je. Kat dalam ni terang benderang. Pemandangan memang cantik. Penuh dengan stalaktit dan stalagmit. Kita akan berjalan diatas jambatan gantung yang disediakan. Hati2 ade tempat2 yang licin dan basah. Tapi kalau jatuh pun bawah tu sungai. Cuma busuk tahi kelawar je la. heheheh...

Jalan lebih kurang 20 minit dah sampai kat seberang. Kat sini boleh rehat2 atau mandi2. Balik menggunakan jalan yang sama kecuali sanggup panjat gunung tu...

Tapi ade satu lagi jalan, iaitu melalui Banjaran Nakawan. Masa Qiera pergi tu dia tutup under maintenance. Lain kali la mesti cuba. Ade keretapi dalam gua. Bayaran RM5 je sorang. Lokasi boleh refer kat sini.

Selamat Datang ke Wang Kelian.

Ni kat post imegresen Malaysia sebelum masuk ke Thailand. Sebelah sana tu Thailand. Kat sini kita boleh masuk ke Thailand tanpa menggunakan passport. Tapi terhad kepada pejalan kaki sahaja. Kira OK la jugak dapat masuk Thailand. Thailand pun kira luar negara jugak kan :)

Ni gambar Qiera kat check point Satun. Sebelah Malaysia nama dia Wang Kelian, sebelah Thailand nama dia Satun. Kalau nak datang sini baik pergi hari ahad sebab hari ahad ade pasar. Harga barang kat sini murah2 tau. Lagi murah daripada yang dijual di Padang Besar.

Kalau datang ke sini mesti la nak shopping barang2 siam. Papa beli baju Angkor Wat baru RM10 je. Qiera pun ade beli baju jugak. Nampak tak gambar raja Thailand kat belakang tu? Qiera panas la Papa...

Mama tengah bodek2 mintak kurang. Harga toto tu baru RM28 je. Murah kan. Tapi tak jadi beli sebab kene marah ngan Papa. Papa cakap beli nak letak kat mane, kereta dah penuh. Sian Mama...

Ni dah nak balik dah ni. Dalam perjalanan nak masuk ke sempadan Malaysia semula. Indahnya Malaysia...

Lokasi Wang Kelian ni memang kat sempadan Malaysia ngan Thailand. Boleh refer kat sini.

Nak lebih info, boleh tengak kat sini Http://www.tourism.gov.my/en/destinations/state.asp?state=perlis


Brochure pun ade. Boleh DOWNLOAD buat panduan.

Jumpa lagi...

Sunday, January 16, 2011

Taman Rama-rama

Rama-rama ke kupu-kupu ke Mr Rama?
Dulu kecik-kecik panggil kupu-kupu, tapi skang sume orang panggil rama-rama.
Mane ade Taman Kupu-kupu kan? Kupu-kupu malam kat Chow Kit ade la.
Beza antara keduanya, tak tau de... Layanzzzz...

Selamat Datang Ke Taman Rama-rama Melaka

Harga Bayaran Masuk ke Taman Rama-rama. Kalau pergi 4 orang dewasa kene RM32. Qiera tak kene bayo pasal Papa dukung Qiera. Terima kasih Papa...

Walaupun nama dia Taman Rama-rama, Jangan disangka tiada buaya. Buaya darat tak payah cakap la, al-maklum lah hari ahad.

Poksu Wang pun suka ngan buaya... Jangan2 Poksu pun buaya jugak tak...

Ni gambo Wak Yea kat dalam gua. Baru kuar dr betapa ni. Maklumla orang banyak ilmu. Jangan cakap lebih2 nanti kene santet ngan Wak Yea.

Burung Merak pun ade. Qiera suka tgk burung merak ni, cantik tau..

Kura-kura pun ade. Kura-kura tu semua nak minta dukung ngan Papa macam Qiera. Tu yang berlonggok nak ikut Qiera tu.

Lokasi senang je, boleh refer kat sini.