Pages

Sunday, December 16, 2012

Kak Su Laksa - Kuala Perlis

8 Disember 2012 Papa ada kerja kat Wang Kelian, Perlis. Jadi Papa singgah makan laksa Perlis kat satu kedai yang amat popular di Perlis iaitu Kak Su Laksa. Laksa Kak Su ni dibuat sendiri dengan menggunakan tepung beras. Klu nak beli laksa mentah kat sini pun boleh juga. Jadi balik rumah tinggal buat kuahnya aje. Rasa laksa ni sedap dan berbeza dengan laksa Penang mahupun laksa Kedah. Worth to try...

Inilah rupa kedainya. Alamat kedai ni : No 97, Jalan Siakap Satu, Kuala Perlis, Perlis.

Koordinat : 6.397824,100.13264 . Tak susah cari. Alah Kuala Perlis tu bukan besar mana pun kan..

Inilah dia laksa Kak Su yang popular tu.. Kuah dia memang pekat. klu nak lg pekat boleh order yg special. Harga RM3-4 semankuk. Papa order 2, baru rasa katanya...

Pok Su hirup kuah laksa. Pok Su ni memang suka makan laksa... Pok Su bagi 4 bintang setengah :)

Kalau jalan-jalan ke Perlis, harus cuba, baru boleh cerita..

Jumpa lagi, bye...

Thursday, April 26, 2012

German Deli Imbiss

Hari tu tetiba Papa balik kerja dia cakap kat Mama.
Papa - Mama, Papa jumpa kedai burger besor macam yang Adam selalu makan tu.
Mama - Adam mane pulak ni...
Papa - Ala yang selalu kuar Man vs Food tu, makan burger besor2 kat US. Tapi ni kat Ampang je, pastu German style :)
Mama - OK, nanti kita pegi (asal jangan mintak duit aku sudah).

Qiera dengor aje la... Ntah berapa purnama lepas tu Qiera teringat, so ajak la Papa g makan burger tu. Nama kedai tu German Deli Imbiss. Leh search kat facebook, banyak info dia kat sana. Anyway kedai tu kat Ampang, tak jauh dari Hospital Ampang Puteri, belakang petronas, sebelah pasaraya Aeon Max Valu.

Ni la roper nye burger yang Papa cakap tu. Tengok sekali lalu nampak gojes dan menyelerakan. Sengah kilo tu patty dia... musti besor. Order 1. Macam-macam ade jual kat sini. Western, Anjing Panas (Hot Dog), Burger, Mash potato macam2 la. Menu dia leh tgk kat facebook dia kat sini.
 
 
Bila da sampai, ni la rupa sebenar beliau. Memang besor!


Poksu ngan Burger Megaton 500 gram.

Ni mende tah nama, tak ingat. Poksu makan pree laju aje... Kang dah keje mesti belanja Qiera makan Arab pulak ye.

Ni burger cendawan. Lebih kurang 200 gram, besor jugak tp tak le sebesar Megaton Qiera.

Hi, saya la Puteri Syaqiera... Kira puas hati la makan. Harga pun OK. Recomended and must try. Best in
 Malaysia. Bye.. 

Monday, April 2, 2012

Hot Air Ballon - Putrajaya

Hari tu takde keje. Qiera ajak Papa g Putrajaya tengok Belon Udara Panas. Bila tah dah tak ingat. Bulan March hari tu, hari bulan lupa. Baru nak post. Biasa la Qiera selalu sibuk setting kuku ngan rambut...

More info, please ask uncle Google lor....

Jom layan gambo...

Nampak tak belonnya kat belakang tu? Tu la belon udara panas. Ramai bebenor manusia. Cuba teka poksu kat mane? Poksu takde pasal Poksu la yang snap gambo ni. Heheheh...

Mama ngan adik Qaisara. Ala adik tu bukan tengok belon, tak tau la ape yang dia tengok...

Papa2 ade belon ngendap Qiera. Belon oren tu... Takut...

Eh.. eh.. belon tu dah naik la Papa... Ade telinga, Qiera rasa ni belon Garfiled la...

Oooo... Belon Miau... Mama, Belon tu senyum ngan Qaisara la...

Nampak tak api tu? Kalau nak naik tinggi dia bukak api tu la. Bole dengar bunyi dia kuat... wuuuu... wuuu... wuuu...

Eiii... Papa, ape tu?? Ish tu Raksasa la, bahaya ni jom la balik dulu... Balek Dulu!
Bye belon...

Friday, March 9, 2012

Aroma Ikan Bakar - Pantai Jeram

Hari tu papa bawak Qiera g makan Ikan Bakar kat Pantai Jeram. Jom layan gambar aje la...

Ni kat tepi pantai tengok sunset.

Sekarang Qiera da pandai jalan sendiri. Papa da tak payah nak kokong Qiera lagi. Tapi kalau penat Qiera cakap "Papa nak dodom..." hehehe...

Ini pun main2 kat tepi pantai. Haaa??? Ikan bakarnye? laaa belum sempat snap dah licin... Rasa dan harganya kira OK la... Qiera bagi 3 daripada 5 bintang, tapi suasananya memang best, seronok dan sangat menarik...

Lokasinya:
E 101 degree 18' 19.3"
N 03 degree 13' 26.8"

Tuesday, January 24, 2012

Homemade Pizza

Sebenarnya Papa selalu buat Pizza ni. Ye betul, anda tak silap dengar, memang Papa saya. Mama lauk kampung aje... Tapi kali ni Qiera saje sibuk2 ambik gambar, nak haplod ntok hapdet blog Qiera. Nak buat Pizza ni senang je. Bak kata Papa, yang susah tu nak buat roti dia, bukan nak buat Pizza. So buat ape susah2 beli aje roti Pizza dah siap kan senang :)

Nak beli kat mane? Kedai roti la contohnya Bake With Yen, cer mintak tolong uncle google... musti jumpa...

Cara2 nak buat Pizza, mesti ada roti Pizza.

 Ni la rupa roti Pizza tu. RM 5 sebungkus ada 5 keping. Kira OK la kan.

Pastu Sos Spageti. Yang ni tradisional. Selalu Papa guna cendawan. Tapi hari tu Papa beli yang Tradisional pulak. Nak cuba try test katanya. Layan...

Ni bahan2 dia. Cendawan, Hot Dog dan lada Benggala. Sebenarnya nak taruk apa pun boleh, tapi Papa cakap biarla kene lawannya baru sedap.

Qiera : Haaa?! Buat Pizza pun nak lawan ke Papa? 
Papa : Bukan lawan tu, contohnya, kalau daging, ayam atau sardin boleh bubuh sekali dengan hotdog atau sayur. Jangan bubuh tuna sekali ngan daging, atau udang sekali ngan daging. Nanti tak sedap.
Qiera : Oooooo Itu macam ka? Ala itu orang tau la.... Ok next?

Next Mesti ada keju la... Keju boleh beli kat Bake With Yen jugak. Mozarella aje pun da cukup. Kalau nak campur Cheddar pun boleh jugak. Harga RM 9 sebungkus, 250 gram siap parut... Yang belum parut murah singgit rasanya. Nak senang beli yang da siap parut la...

Nak masak Pizza musti guna oven. Kalau tak nak bakor macam mane... Takkan nak goreng Pizza, macam mane pulak nanti ropernye... Ni oven bulat, bagus oven ni kata Papa. Dia masak rata aje.

Last sekali mesti ada dulang Pizza dan pisau pemotong Pizza. Style musti mau jaga... kalau potong Pizza guna pisau bulat ni, memang rasa macam best aje, Pizza pun rasa sedap.... Hehehehe...

Semua bahan2 da cukup, tabur aje la.... Memula buat layer sos, pastu tabur keju sikit, tabur hot dog, cendawan dan sayur. last tabur keju sekali lagi, sampai penuh semua... 

Pastu bakar dalam oven... Sebelum bakor, panaskan oven dulu. 180 degree selama 5-10 minit. Dah panas baru masukkan Pizza bakor pada suhu 180 degree selama 15-20 minit.

Proses membakar Pizza... Kita bakor aje!! kita bakor aje!! Kita bakor aje!! Sabor ye....

Ni la hasilnya... Cantik tak? Cantik, sedap, gojes dan marvelous... paling sedap sebab ianya buatan sendiri... Tak sedap pun rasa sedap... :) Cuba la...

Kasi potong untuk hidangan sekeluarga. Sungguh enak dimakan begitu sahaja mahu pun cecah dengan sos...

Yang ni Pizza ayam ngan mix veggie... Ayam cincang tu Papa masak dulu ngan margerin letak sikit garam, pastu tabur atas Pizza. Sedap jugak... Hari tu Papa buat 3 Pizza, satu lagi sardin ngan 4 Keju.... Yang tu paling sedap, tak sempat snap da abes... Bye...