Pages

My Blog

puterisyaqiera.blogspot merupakan blog pertama aku. Dalam erti kata lain ini merupakan entri pertama. Kira macam upacara perasmian potong reben la... hahahah...

Soalan pertama dalam diri aku ialah, apa dia Blog?

Setelah bertanya pd Uncle Google...
"A blog is a website in which items are posted on a regular basis and displayed in reverse chronological order. The term blog is a shortened form of weblog or web log. Authoring a blog, maintaining a blog or adding an article to an existing blog is called “blogging”. Individual articles on a blog are called “blog posts,” “posts” or “entries”. A person who posts these entries is called a “blogger”. A blog comprises text, hypertext, images, and links (to other web pages and to video, audio and other files). Blogs use a conversational style of documentation. Often blogs focus on a particular “area of interest”, such as Washington, D.C.’s political goings-on. Some blogs discuss personal experiences"

Dalam erti kata lain, blog adalah satu jenis laman internet yang dikategorikan sebagai journal atau pun diary. Journal ini akan ditulis oleh pemilik blog. Isu-isu yang diutarakan adalah terpulang kepada pemilik blog tersebut. Biasanya mereka akan bercerita tentang kehidupan mereka, isu politik, gosip artis, berita, mempromosikan produk/servis dan sebagainya. Walaubagaimanapun terdapat batas-batas yang perlu dijaga agar blog tidak digunakan untuk perkara yang tidak seharusnya.

Penulis blog / pemilik blog dipanggil Blogger. So aku pun dah jadi Blogger la sekarang ni, pasal aku dah ade blog sendiri.

Mula-mula aku bertanya kenapa nak ade blog sendiri?
Aku ni suka berjalan cuti-cuti Malaysia. Biasanya sebagai persediaan untuk satu-satu trip, aku akan mendapatkan maklumat daripada Google. Contohnya kalau aku nak pergi Cameron Highland, aku akan Google dulu tempat tu untuk mengumpul maklumat seperti apa yang menarik di Cameron, nak makan kat mane, nak tido kat mana dan sebagainya. Maklumat seperti ini memudahkan aku membuat perancangan perjalanan. So, aku rasa lebih baik sekiranya aku juga mempunyai Blog sendiri, untuk update tempat-tempat yang aku dah pergi. Maklumat seperti ni mungkin berguna bagi orang-orang lain dalam membuat perancangan trip mereka.

Begitulah ceritanya...

Salam Hormat...