Pages

Sunday, December 16, 2012

Kak Su Laksa - Kuala Perlis

8 Disember 2012 Papa ada kerja kat Wang Kelian, Perlis. Jadi Papa singgah makan laksa Perlis kat satu kedai yang amat popular di Perlis iaitu Kak Su Laksa. Laksa Kak Su ni dibuat sendiri dengan menggunakan tepung beras. Klu nak beli laksa mentah kat sini pun boleh juga. Jadi balik rumah tinggal buat kuahnya aje. Rasa laksa ni sedap dan berbeza dengan laksa Penang mahupun laksa Kedah. Worth to try...

Inilah rupa kedainya. Alamat kedai ni : No 97, Jalan Siakap Satu, Kuala Perlis, Perlis.

Koordinat : 6.397824,100.13264 . Tak susah cari. Alah Kuala Perlis tu bukan besar mana pun kan..

Inilah dia laksa Kak Su yang popular tu.. Kuah dia memang pekat. klu nak lg pekat boleh order yg special. Harga RM3-4 semankuk. Papa order 2, baru rasa katanya...

Pok Su hirup kuah laksa. Pok Su ni memang suka makan laksa... Pok Su bagi 4 bintang setengah :)

Kalau jalan-jalan ke Perlis, harus cuba, baru boleh cerita..

Jumpa lagi, bye...